Pada 10 Mei 2011,
harga sekilogram gula meningkat pada RM 2.10 pada RM 2.30 (0.20 sen). Apabila harga barangan kawalan runcit ini meningkat, mula lah cetusan idea dari pembangkang untuk dijadikan isu.
Ada yang cakap itu hanyalah rancangan kerajaan, ada pula yg bercakap kerajaan saja menaikkan harga untuk kaut untung! bertapa cetek pemikiran apabila diselubungi emosi yg tinggi dan diselimuti informasi semasa yg cetek tentang KENAIKAN HARGA di pasaran dunia serta JUMLAH TANGGUNGAN subsidi kerajaan yang semakin tinggi akibat menjaga rakyat dari menanggung susah.
Pada dasarnya, harga gula dinaikan disebabkan daripada langkah rasionalisasi yang akan membolehkan kerajaan menjimatkan RM116.6 juta. Kenaikan harga runcit gula di Malaysia masih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia Singapura Thailand dan Filipina Sebagai contoh katanya harga runcit gula di Indonesia ialah RM3.80 sekilogram Singapura RM3.61 Thailand RM2.31 dan Filipina RM4.50.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata sebelum merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM400 juta setahun .Dengan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM283 4 juta setahun dan penjimatan sebanyak RM116 6 juta setahun boleh diguna untuk pembangunan lain katanya. Beliau juga berkata kebanyakan gula yang berada di pasaran negara diimport dari Australia dan Brazil. ( dipetik dari sumber BERNAMA & MALAYSIAN INSIDER )
Cubalah anda semua bayangkan, penduduk di negara kita ini terlalu dimanjakan sehingga menjadi cepat melatah dan mula mentafsirkan yang bukan-bukan mengenai sesuati yg terjadi seperti kenaikkan harga gula ini. Sebelum menuduh dan menghembur kata-kata kesat terhadap kerajaan dan terutamanya UMNO, fikirlah bermula dari sebelumnya merdeka sehingga sekarang 2011 banyak billion ringgit malah lebih dari itu ditanggung Kerjaaan untuk menyenangkan penduduk negara kita. Kerajaan telah menanggung subsidi minyak petrol, harga gula dan berbagai lagi yang mungkin kita mengetahuinya.
Langakah kerajaan menaikan harga gula ini wajar dengan peningkatan harga barangan di pasaran dunia dan kerajaan juga mahu membangunkan lebih banyak infrastruktur di negara Malaysia ini di mana kesenangan nya dapat di rasai oleh kita sendiri. ( Berfikirlah wahai teman sebelum anda mengucapkan sesuatu yang anda tidak mengetahui nya )
Tidak dinafikan juga bahawa kerajaan juga bukan nya 'betul' sangat dalam urusan nya seperti pembaziran yang berlaku dalm Bajet 2011 dimana Perdana Menteri kita meluluskan RM 111 million untuk projek PERMATA NEGARA dan diberikan kepada isterinya untuk dialaksanakan projek itu. Sedangkan kemungkinan projek itu nilainya tidak mencecah sehingga ratusan juta tersebut.
Menjawab salah seorang teman coffee di FB, yang berbunyi :
'Mantan gabenor shenzen dihukum gantung mati kerana rasuah. Bila menteri2 besar kita yang rasuah nak digantung mati.. yang pengerusi felda dulu penah kena tangkap rasanya..'
Mengenai statusnya, dapatkah kita di dunia zaman sekarang ini mempunyai atau mencari pemimpin manakah yang tidak berpegang atau pun mengelakkan dirinya daripada BAHANA RASUAH?? anda ada jawapan? atau hanya tahu bercakap tapi terkedu mahu menjawab persoalan ini?
Jawapan nya mesti sangat susah dan SANGAT MUSTAHIL!
Pada setiap/sesetengah menteri memang kita tidak pernah mendengar mereka punyai rekod rasuah kerana mereka pernah melakukan rasuah tapi hanya tidak berjaya di hidu oleh pihak terlibat seperti SPRM atau apatah nama baru nya..heheh,sori lupa! ;) dan hanya sesetengah sahaja yg berjaya ditangkap dan ada pula yang bijak menutup atau menjaga perbuatan mereka sehingga Para pegawai SPRM masih tidak dapat mencari bukti untuk mensabitkan kesalahan RASUAH ini dengan mereka yg terlibat. complicated kan?
Kalau atas kes RASUAH menteri mahu digantung sampai mati, bagaimana pula dengan isu ZINA oleh sesetengah ahli politik dan ahli korporat di negara kita? sehinggakann ada yang merakamkan aksi mereka sehingga tersebar di laman sosial? kita nak buat apa dengan mereka? Nak SULA atau REJAM? Kenapa isu seperti ini sesetengah pihak tidak pertikai dan mahu ambil tindakan? tapi sebaliknya ' kena tang hampa diam KORO , kena kat orang lain POM PANG POM PANG!'
Kalau anda bijak fikirkan cara penyelesaiannya.
Jika anda mahukan sesuatu dengan mudah dan cepat, ayuhlah bersatu kepada satu pandangan.
Tidak usah berpecah menjadi puak sesama bangsa yang akan merugikan bangsa sendiri.
Malah berjabat dan bersatulah untuk masa depan anak cucu kita, dan JANGAN pula menolak kepada penyatuan kaum, kerana kita adalah Bangsa Malaysia.
:: hanyalah secebis pandangan ::
No comments:
Post a Comment